Saturday 16 July 2011

Aktiviti-aktivti Sek. Keb. Chuping, Perlis 2011

Pelancaran Nilam Sekolah Kebangsaan Chuping 2011


Pengawas Pusat Sumber Sek. Keb. Chuping sedang menyanyikan lagu Nilam di dataran sekolah.



Penolong Kanan Pentadbiran En. Mat Safar b. Saad sedang menyampaikan bakul Nilam kepada guru kelas untuk di letakkan di sudut Nilam kelas.


Pertandingan Bercerita peringkat sekolah


Adik Tengku Isha merupakan johan bercerita peringkat sekolah


Pertandingan Buku Skrap Peringkat Sekolah


Murid-murid Tahap Dua (Tahun 4-Tahun 6) menyiapkan buku skrap mengikut tema yang telah di berikan.


Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011 


Guru-guru Sek. Keb Chuping  sedang menyanyikan lagu Guru Malaysia



Friday 15 July 2011

Nasihat Rasulullah Dalam Bulan Ramadhan

Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan syiyam dan membaca kitab-Nya.
Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fukara dan masakin.
Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, sambunglah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarkannya.
Kasihanilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertobatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hambanya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya, dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.
Ketahuilah! Allah Ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri dihadapan Rabb Al-'Alamin.
Wahai manusia! Barangsiapa diantaramu memberi buka kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka disisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.
(Sahabat-sahabat bertanya:" Ya Rasulullah!Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah meneruskan:) Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.
Wahai manusia! Siapa yang membaguskan ahlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirath pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.
Barang siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat. Barang siapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-nya. Barangsiapa menyambungkan tali persudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardhu baginya adalah ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardhu dibulan yang lain.
Barang siapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Qur'an pada bulan-bulan yang lain.
Wahai manusia! sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu.
Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.
Amirul Mukminin k.w. berkata,:Aku berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan ini?" Jawab Nabi:Ya abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".
___________
Di kutip dari:"Puasa Bersama Rasulullah", karangan Ibnu Muhammad, Pustaka Al Bayan Mizan.

Sajak Membaca


Jasad kita yang letih terseok-seok melewati rumah demi rumah
bernama peristiwa sudah berabad-abad lamanya. Betapa, nafas kita
yang tersengal-sengal kini tak lagi mampu berkata-kata
ketika hatinya sedang meratap dan berduka.

Apa lagi yang tersisa menjadi milik kita? Dendam kesumat
atau ketakutan? Atau kita sebokkan fikiran dengan
oanani serta gogokan beer.

Ketika jerit mortar dan desing bom menggoda kesunyian
menjadi dunia baru yang lebih hiruk dan pikuk atau dari
medan demi medan pertempuran mayat demi mayat
yang sebahagiannya pernah kita kenal nama serta tatap wajahnya
perlahan-lahan bangkit dari tanah-tanah lindap bernama perkuburan
dengan suara seraknya berkali-kali menyeru nama kekasih
yang telah berubah menjadi igauan atau terkial-kial mencari
nama negerinya yang semakin kumal disimbahi darah.

Apa lagi yang tersisa menjadi milik kita? Kerinduan semakin
menyesaki ingatan dan mimpi telah berubah menjadi dunia
teramat gulita yang penuh dengan kesangsian. Tak ada dian
yang dapat kita gantikan dengan kata-kata atau kepercayaan.

Kita lepaskan keluh yang sarat dengan kesal dan ketakutan
yang berabad-abad kita simpan. Dengan suara robek
kita senandungkan tembang demi tembang. Tetapi tidak lain
hanyalah ninabobok yang teramat panjang dan kematian
yang berulang-ulang datang menjemput secara paksa nama
demi nama, jasad demi jasad di antara kita.

Betapa, dunia telah berubah menjadi daerah tanpa matahari
di situ kita menyaksikan otot menggantikan keramahan
dengan darah panas yang selalu menggelegak dan bahasa
yang berteriak dengan bentak berkumandang di dalam pesawat,
internet, majalah atau mikrofon

Apa lagi yang tersisa menjadi milik kita? Mengingati sebuah nama
dan negara bernama peribadi dengan tubuh gementar
dan senyuman kita rubah menjadi seribu sindiran.
Kerana ketakutan yang kita simpan di dalam diari
dengan kesumat yang berkobar-kobar
kita tuliskan dengan huruf-huruf yang tak kelihatan.

Tidak lain adalah seekor raksasa

Membaca Gaya Wawasan :)

Assalamualaikum.

Sinopsis TMK Dalam KSSR ( Sains Tahun 1 )


MATLAMAT KURIKULUM TMK

Matlamat Standard Kurikulum TMK Sekolah Rendah adalah untuk menyediakan penanda aras pencapaian murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Ini adalah bagi memastikan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang perlu dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik dari peringkat awal umur kanak-kanak yang akan kekal sepanjang hayat.


OBJEKTIF KURIKULUM

Standard Kurikulum Sekolah Rendah bagi mata pelajaran TMK membolehkan murid:

1     Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika.
2     Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian.
3     Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat.
4     Menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat.
5     Menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat.
6     Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran.
7     Menggunakan TMK untuk melahirkan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.

Maklumat Lanjut, sila layari:
http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=190&Itemid=83

Friday 1 July 2011

Panduan membina blog

Assalamualaikum

Berikut merupakan panduan ataupun langkah-langkah asas untuk membuat blog.

Langkah pertama. Sila buka laman web Google Blogger. Anda akan dapati laman dengan gambar seperti di atas. Klik anak panah warna merah "CREATE YOUR BLOG NOW" untuk langkah seterusnya.


Langkah Kedua. Anda akan lihat paparan muka "Create a Google Account" seperti dalam gambar di stas. Untuk mendaftar sila isi semua ruangan yang disediakan:-

  • Email Address (must already exist): Tuliskan alamat email yang anda guna sekarang kerana Google akan menghantar email pengesahan kepada anda sebaik sahaja anda telah mendaftar. Bagi yang belum ada buatlah emel samada di Google, Yahoo, Hotmail dsbg...
  • Retype Email Address: Taip sekali lagi alamat email yang sama seperti di atas.
  • Enter a Password: Masukkan kata laluan anda di sini sekurang-kurangnya 8 aksara, dan simpan serta ingatkan untuk setiap kali mendaftar masuk ke Google Blogger.
  • Retype Password: Taip kata laluan di atas sekali lagi untuk pengesahan.
  • Dispaly Name: Taip nama anda (tidak semestinya nama sebenar). Nama ini akan dipaparkan dalam blog anda nanti.
  • Word Verification: Sila taip huruf-huruf warna merah yang Google sediakan disitu dengan betul dan tepat, sekiranya anda tersalah taip Google akan membuka paparan ini semula sehingga ditaip dengan betul.


Setelah selesai dan anda yakin semua maklumat yang ditaip adalah betul sila klik panah "CONTINUE" untuk langkah seterusnya. Jika ada sebarang kesilapan yang dilakukan Google akan memaparkan semula paparan muka ini untuk anda betulkan sebarang kesilapan.




Langkah ketiga. Anda akan dibawa kepada paparan muka "Name Your Blog" seperti gambar di atas untuk menamakan blog anda. Ada tiga ruangan yang perlu diisi:-

  • Blog Title. Isikan ruangan ini dengan tajuk (title) yang berkaitan dengan isi tulisan bakal ditulis dalam blog anda. Sebarang Tajuk. Tajuk ini akan dipaparkan nanti dalam 'dashboard' anda, dalam blog anda dan dalam profil anda.
  • Blog Address (URL). Pilih nama yang sesuai dan masukkan nama blog anda dalam ruangan ini (http://NamaBlogAnda.blogspot.com). Alamat URL ini akan digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin membuka dan membaca blog anda, jadi anda kena catatkan alamat ini. Selepas menaip nama blog anda klik dulu "Check Availability untuk menyemak nama yang anda taip belum digunakan oleh orang lain serta dibenar untuk digunakan.
  • Word Verification. Masukkan huruf-huruf yang sedia dipaparkan diatas itu dalam ruangan ini, sama dan tepat seperti huruf yang dipaparkan.


Setelah lengkap ditaip sila klik panah "CONTINUE" unruk langkah berikutnya.


Langkah keempat. Memilih 'template' untuk blog anda. Dalam paparan muka ini ada disediakan gambar dua belas (12) jenis template dengan gambar contohnya, (lihat gambar di atas), skroll keatas dan kebawah untuk melihat semuanya dan pilih satu yang anda suka.

Klik pada butang bulat gambar blog tersebut untuk memilih satu yang anda suka kemudian klik "CONTINUE" untuk langkah seterusnya.


Langkah kelima. Anda akan dibawa kepada paparan muka "Your blog has been created!" seperti dalam gambar di atas. Ini menunjukkan anda telah berjaya membuat satu blog untuk anda, jangan lupa catatkan alamat URL blog anda, ID pengguna dan kata laluan untuk akaun google blogger anda.

Klik pada panah "START BLOGGING" untuk langkah seterusnya.