Friday 15 July 2011

Sinopsis TMK Dalam KSSR ( Sains Tahun 1 )


MATLAMAT KURIKULUM TMK

Matlamat Standard Kurikulum TMK Sekolah Rendah adalah untuk menyediakan penanda aras pencapaian murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Ini adalah bagi memastikan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang perlu dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik dari peringkat awal umur kanak-kanak yang akan kekal sepanjang hayat.


OBJEKTIF KURIKULUM

Standard Kurikulum Sekolah Rendah bagi mata pelajaran TMK membolehkan murid:

1     Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika.
2     Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian.
3     Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat.
4     Menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat.
5     Menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat.
6     Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran.
7     Menggunakan TMK untuk melahirkan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.

Maklumat Lanjut, sila layari:
http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=190&Itemid=83

3 comments:

  1. semakin bertambah kerja guru sains...apapun tahniah, cikgu kan serba boleh..

    ReplyDelete
  2. Sebagai guru kita perlu merancang pengajaran pembelajaran yang menarik.....tambahkan lagi dgn TMK pasti murid akan lebih menguasai..artikel yang menarik..

    ReplyDelete
  3. Ya. Terima kasih dia atas komen yg diberikan

    ReplyDelete